banner

banner

Friday 2 March 2012

warkah buat bakal imamku

Warkah buat bakal imamku…
Wahai bakal imamku, aku kirimkan warkah ini bukan untuk menakutkanmu dengan harapan-harapanku. Tetapi aku kirimkan warkah ini untuk sama-sama mengingati diri kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Wahai bakal imamku, aku akan berusaha menyimpan perasanku hanya untukmu kerana aku tidak ingin kau mempunyai perasaan terhadap perempuan lain sebelum kau mengahwini aku. Wahai bakal imamku, aku bukan tamak terhadap kasih sayangmu tetapi wahai bakal imamku, aku ingin kita sama-sama merasai nikmat berkasih- saying mengikut landasan yang disyariatkan dalam agama kita.
Wahai bakal imamku, pemangkin semangatku..
Setiap insan mempunyai harapan. Harapanku semoga kau mampu untuk mendidik ku dan menjaga aku agar tidak terkeluar dari landasan Islam. Wahai bakal imamku, sesungguhnya aku terbaca satu artikel bahawa seorang isteri boleh masuk ke syurga walau tanpa suaminya tetapi suami tidak akan masuk ke syurga tanpa isterinya. Jadi wahai bakal imamku, aku akan berusaha untuk bersama-sama denganmu membina laluan ke syurga. Wahai bakal imamku, aku tidak mahu membebankanmu dengan berkahwin denganku. Sebelum aku melangkah bersamamu aku akan persiapkan diri dengan sebaik-baiknya, maka wahai bakal imamku, aku juga berharap dirimu turut berusaha ke arah itu. Aku berharap agar bakal imamku bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai imamku dan ayah kepada anak-anakku. Wahai bakal imamku, ketahuilah bahawa sebelum kau memimpin aku kau haruslah memperbaiki dirimu agar lebih bersedia, agar kapal yang kau kemudi tidak patah layarnya di tengah lautan.
Wahai bakal imamku,
Ketahuilah bahawa menyediakan keperluanku adalah tanggungjawabmu, memasak juga tanggunggjawabmu,mendidik anak juga adalah tanggungjawabmu wahai bakal imamku. Tugasku hanyalah melayanimu dan membantumu. Wahai imamku, selepas telafaznya ijab dan qabul janganlah engkau meletakkan sepenuhnya tanggungjawabmu diatas bahuku.wahai bakal imamku, jika ditakdirkan kita mempunyai zuriat yang ramai didiklah mereka menjadi umat Muhammad yang sebenar, yang mengikut perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Wahai bakal imamku, aku tidak berjanji denganmu, aku boleh menjadi isteri yang baik, kerana itu aku masih memerlukan dirimu untuk membantu aku meluruskan jalan hidupku. Wahai bakal imamku, aku dijadikan dari tulang rusukmu yang paling bengkok. Janganlah kau tergesa-gesa dalam usaha meluruskan aku. Lakukanlah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Wahai bakal imamku…
Aku harap aku tidak membebankanmu apabila tiba masanya setiap bulan emosiku tidak menentu. Aku harap dirimu memahami aku, seorang wanita ini yang pasti setiap bulan akan mengalami pengovulan. Wahai bakal imamku, pastinya selepas terlafaznya ijab dan qabul kita inginkan zuriat penyambung keturunan. Wahai imamku, aku pasti kau sudah sedia maklum. Kadangkala perempuan yang mengandungkan zuriat ini selalu menginginkan sesuatu yang kadangkala tidak munasabah. Aku amat berharap jika itu berlaku pada diriku, kau sedia memenuhinya. Wahai bakal imamku, aku amat berharap walau ketika itu kau penat bekerja mencari nafkah, kau memenuhi permintaanku dengan seikhlas hati dan penuh dengan kasih sayang. Wahai bakal imamku, ketika itu jika kau berasa penat melayani kerenah aku, janganlah kau anggap aku menjadi beban kepadamu. Wahai bakal imamku, ketahuilah bahawa beban itu pembunuh impian. Apabila kau menganggap aku suatu beban kepadamu maka impian yang kita lakarkan bersam tidak akan tercapai.
Wahai bakal imamku..
Sekiranya , suatu ketika nanti cintamu kepadaku kian pudar janganlah kau mencari pengganti tanpa pengetahuanku. Wahai bakal imamku, aku berharap kau akan mempertahankan cinta itu buatku. Aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan orang lain,wahai bakal imamku. Aku tidak nafikan hakmu untuk berkahwin lebih dari satu, tetapi aku seorang yang kuat cemburunya. Wahai bakal imamku, jika sememangnya engkau mampu untuk berlaku adil dalam setiap aspek pasti aku izinkan kerana aku yakin kasih aku hanya untukmu sahaja bakal imamku. Tetapi wahai bakal imamku, aku tidak mahu mamberatkan hidupmu maka janganlah kau mencari lain selepas diriku.
Wahai bakal imamku..
Aku berharap sangat padamu agar kau tidak memandang perempuan lain sebelum bertemu denganku. Aku berharap sebelum kau bertemu denganku kau hanya memandang perempuan mahrammu sahaja. Wahai bakal imamku yang soleh..sebelum bertemu denganmu aku akan mempersiapkan diriku untuk menjadi yang solehah terlebih dahulu… aku pasti yang soleh hanya untuk yang solehah sahaja. Wahai imamku, aku tidak mahu selepas berkahwin kita tinggal bersama-sama, tetapi aku mahu kita bercinta bersama-sama, wahai bakal imamku.
Yang benar,
Bakalsayapkirimu.

No comments:

Post a Comment