banner

banner

Wednesday 7 March 2012

buat sahabat sekalian.....

السلام عليكم
Wahai sahabat, apa khabar imanmu tika ini? Sedang naik atau turun? Tanyalah pada diri kalian. Jika tiada perubahan atau semakin menurun, tanyalah pada diri sudah bersediakah kita ingin menghadapi saat kematian. Dengan iman yang setipis kulit bawang itu bagaimana kita akan menghadapi pertanyaan dialam kubur nanti. Ingatlah kematian itu suatu yang pasti. Pasti akan menziarahi semua orang. Persoalannya, masa sahaja yang kita tidak ketahui. Ketahuilah bahawa Imam Ghazali pernah berkatasesuatu yang paling dekat dengan kita adalah kematian.” Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Sebagai teman kepada yang lain kita haruslah saling ingat-mengingati.
Sahabat sekalian..
Sekadar renungan buat kita sejenak.
Ibu dan ayah merupakan insan yang bertanggunggjawab membawa kita ke dunia ini. Tanpa mereka siapalah kita. Mereka telah bersusah-payah membesarkan kita sehingga hari ini. Mereka mendidik kita dengan penuh kesabaran sehinggalah terbentuk dan tercoraknya kita pada hari ini. Antara kasih ibu dan pengorbanan ayah yang manakah bagi kalian lebih penting? Pasti sukar untuk menjawab soalan ini kerana kedua-duanya tidak ternilai walau dibayar denga seisi dunia pun. Benarlah kata pepatah : “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.”
Sahabat sekalian..
Seperti yang telah disebutkan tadi. Kematian adalah suatu yang dekat. Aku ingin membawa kalian untuk berfikir sejenak. Bayangkan wajah ibu dan ayah kalian. Lihatlah garis-garis usia diwajah mereka. Apakah yang kalian rasa? Pasti kalian terfikir, cuti nanti pulang ke rumah ingin berbakti sepenuhnya kepada mereka. Betul? Kalau masih tidak.. fikirkan lagi. Wajah yang dulu sentiasa terhias dengan senyuman manis kian Nampak dimamah usia. Kaki mereka yang dulu gagah bekerja semakin lemah. Urat semakin kelihatan dikulit. Tidak terfikirkah kalian, betapa sukarnya ayahanda dan bonda kalian berusaha membesarkan kalian sehingga dapat menjejakkan kaki ke alam universiti.
Sahabat sekalian..
Pernahkah kalian berkasar dengan ayah dan ibu? Pernahkan kalian bersuara keras dengan mereka? Renungkan, adakah kalian tahu, bilakah hati mereka terguris dengan kata-kata kalian. Seandainya ayah atau ibu kalian pergi meninggalkan kalian atau kalian yang pergi dahulu meninggalkan mereka. Agaknya apakah perkataan terakhir yang kalian tinggalkan atau kalian perdengarkan kepada mereka? Bayangkanlah.. cuba salami hati kalian. Apakah perkataan atau ucapan terakhir kalian kepada mereka? Ketika mereka masih boleh berbicara, ketika mereka boleh mendengar suara, dengarkanlah kata-kata yang penuh dengan adab bicara. Jika ditanya pada saya, apakah ucapan terakhir yang ingin saya ucapkan kepada ayah atau ibu saya, sudah pasti saya akan ucap “saya sayang ayah/ibu”. Dan sudah pasti saya juga ingin mendengar ayah saya menbalasnya.
Sahabat sekalian..
Di sini aku tampilkan sebuah kisah benar. Kisah ini aku tampilkan bukan untuk memohon simpati kalian. Bukan jua ingin membuat kalian terharu dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Aku hanya ingin berkongsi dengan kalian agar ia membantu kalian menjadi anak yang baik. Sebelum aku meneruskan kepada kisah ini, aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca sampai ke saat ini. Mungkin bahasa aku agak membosankan. Tahniah kepada kalian yang sudah membaca sampai ke tahap ini.
Sahabat sekalian..
Masih ingatkah tarikh kita mendaftar ke universiti ini? Aku ingatkan pada kalian. Kita mendaftar ke sini pada tarikh 7 september 2011. Betul? Ketika ini aku amat gembira kerana ayah aku turut sama menghantar aku pada hari pendaftaran. Terharu kerana selama ini ayah aku tidak pernah menghantar akak-akak + abang-abang aku semasa mereka mendaftar universiti. Cukuplah sebagai pendahuluan. Aku ingin terus ke pokok bicara.
Sahabat sekalin..
Tahukah kalian, apakah ucapan terakhir aku pada ayahku? Alhamdulillah, sebelum ayahku tidak sedark diri(koma), sebelum ayahku benar-benar pergi meninggalkan aku selama-lamanya, sebelum aku kehilangan ayah yang amat aku sayang, ucapan terakhir aku kepadanya adalah “cheq sayang ayah, ayah sayang cheq tak” dan aku juga mendapat balasan yang aku mahu mendengar “saaaaayaaaaaangg” itu jawapan dari ayahku. Aku gembira kerana ayah aku sempat melihat aku melangkah kaki ke menara gading. Walaupun pada mulanya aku ingin menolak tawaran menyambung pengajian ke USIM kerana aku tidak pernah memohonnya.
Sahabat sekalian…
Walaupun aku gembira kerana itu ucapan terakhir aku kapada ayahanda tercinta aku, tapi ada suatu perkara yang aku menyesal sehingga ke hari ini. Apa yang aku menyesalkan adalah perbualan terakhir aku dengan ayahku adalah pada hari pendaftaran universiti. Genap sebulan aku di universiti tetapi aku belum sempat untuk berkongsi pengalaman suka-duka aku dengannya. Pernah juga aku ingin menghubungi ayahku untuk meluahkan kerinduan kepadanya tetapi ada sahaja halangannya. Masih jelas diingatanku. Pada malam itu aku sedang menyiapkan assignment bahasa arab, tiba-tiba hatiku ingin berbual dengan ayahku dan aku ingin ucapkan betapa aku merinduinya. Aku padamkan rasa itu dari hati kecilku kerana aku terpaksa menyiapkan tuntutan kerja. Bayangkanlah, keesokannya aku mendapat berita ayahku sudah tidak sedarkan diri dan doktor telah mengesahkan otaknya telah mati.
Sahabat sekalian…
Duniaku seolah-olah berhenti berputar dan gelap serta merta. Walaupun ayahku hanya tidak sedarkan diri pada masa itu tetapi aku dapat merasakan ayahku akan pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Aku tidak tahu untuk melakukan apa-apa, aku tidak terdaya. Aku ingin malihat ayahku, tetapi aku masih berada di universiti yang jauhnya beratus-ratus kilometer dari negeri kelahiranku. Saat ini, aku teringat cerit pakar motivasi yang dijemput untuk memberi motivasi di sekolahku dahulu, dia kehilangan ayah ketika tahun pertama berada di universiti. Aku menangis kerana tidak mahu nasibku sama sepertinya kerana aku tidak mahu jadi pakar motivasi. Aku hanya mahu ayahku terus bernafas.
Sahabat sekalian..
Hatiku luluh,sakit,pilu apabila melihat ayahku yang terbaring di hospital. Hati anak mana yang tidak sakit melihat ayah bernafas dibantu oleh mesin buatan manusia. Ayahku kemalangan selepas solat zohor aku mendapat berita selepas asar dan aku sampai ke hospital selepas tengah malam, tetapi ketika aku sampai doktor masih berusaha membersihkan darah dari badan ayah. Sahabat sekalian, apakah perasaan kalian jika berada di tempatku? Bayangkan anak yang baru tiba dari jauh melihat keadaan ayah tersayang sedang bertarung dengan maut. Hampir menitis air mataku melihat keadaan ayahku. Aku berdoa kepada ALLAH ‘jika hayat ayahku masih panjang maka sihatkanlah, jika tidak ambillah dia’. Aku berdoa begitu kerana aku terlalu sayangkan ayahku. Aku tidak mahu ayahku terseksa. Aku harus redha dengan keadaan yang berlaku. Aku bisikkan syahadah ke telinganya. Dalam hatiku berkata, wahai ayah! Anakmu ini telah sampai. Aku redhai pemergianmu.
Sahabat sekalian..
Aku kehilangan seorang ayah. Ayah. Aku tidak menjangkakan ayahku akan pergi meninggalkan aku secepat ini. Sebelum ini,jika ayahku tidur aku akan pastikan turun naik dadanya menarik nafas.. kerana apa? Kerana aku takut ayahku pergi meninggalkan aku. kini aku telah kehilangan ayahku kerana kalalaian remaja yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Ayahku mengalami pendarahan dalam kepala, pendarahan dalam perut dan luka pada pundi kencing. Wajarkah kerana remaja yang sebaya dengan aku itu, kerana remaja yang bermasalah itu aku kehilangan ayahku? Wajarkah aku kehilangan ayah dan ibuku kehilangan suaminya. Apa yang menghairankan aku, tidak lansung mereka meminta maaf, tidakkah mereka rasa bersalah? Ikutkan darah muda aku, ingin sahaja aku membawa perkara ini ke mahkamah. Mendakwa mereka, tetapi apa untungnya jika membakar api dendam. Perkara ini tidak akan selesai.
Sahabat sekalian….
Maafkan aku kerana terlebih emosi disini. Cuma aku ingin sahabat sekalian berbuat baik dengan kedua-dua ibubapa kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Kita jiga tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sahabat sekalian, terutama sahabat bqb5 sem1 11/12. Aku minta maaf kepada kalian kerana pertama kali aku melangkah kaki ke kelas kalian aku kelihatan sombong(macam bongkak n bajet best lak kan). Ketika itu ayahku baru sahaja meninggalkan aku 2minggu. Maaf sangat-sangat jika kalian terguris dengan tingkahlaku ku ketika itu. Kematian itu pasti, kematian itu telah menziarahi keluargaku. Mungkin selepas ini giliranku pula. Siapa yang tahu. Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan agar hari kemudian cerita buat renungan bukan kasihankita tidak menyesal. Marilah kita membunuh kelalaian sebelum datangnya penyesalan.
p/s : luahkan lah rasa sayang kepada kedua-dua ibu bapa kalian kerana suatu hari nanti kalian akan menyesal jika tidak sempat ucapkannya

No comments:

Post a Comment