Diriwayatkan
bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar
iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan
[Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada
di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak
begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang
terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar
pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai
Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan
agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan
demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para
sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari
terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi
maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke
Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau,
maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh
malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian
maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna.
Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar
keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan
kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan
menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke
malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis
telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para
sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu
Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali
keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah
sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a.
pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang
musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu
perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya.
Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila
dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri
nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari
Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar
r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah
didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu
Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah
seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari
rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan
suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah
s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai
di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka
yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua
menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar
r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu
wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah
s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan
sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir
dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar
pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya
sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh
tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang
mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang
dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun
yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam
dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah
Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada
yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga
50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau
hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang
mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah
s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu
berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w..
Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua
yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke
atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin,
sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang
kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara
kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah.
Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka
hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari
kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian
sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah
bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w.,
kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya
tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:
"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa
itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun
turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha
anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk
berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang
rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya
atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai
'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah
s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah
Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid
menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala
dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas
[diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah
maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a.
menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata:
"Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk
mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal,
untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya
Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya
untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab
perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat
tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima
tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada
'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.
tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu
qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka
dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu
berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu
berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku
adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu
kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah
s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun
dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami
ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama
dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu
berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau
kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w.,
anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka
Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w.
membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh
badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya
tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup
memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh
badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah
s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu
hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah
bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat
genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah,
inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi
darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam
syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun
memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:
"Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua,
saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah
s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan
antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat
kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di
syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku,
Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah
menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku
sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain
yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan
menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku
ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua
para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai
bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar
ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan
nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang
Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda
memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang
menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah
yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan
kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku
tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai
bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah
AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan
yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka
lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata
demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar
Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para
sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus
pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit
Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan
subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya
Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi
salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.:
"Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal
r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali
ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus,
lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi
salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar
oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal,
sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu
Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun
berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan
berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid
maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan
dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras
Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa
ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya
kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka
Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak
pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan
Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan
terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka
beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa
dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua
bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya.
Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari
ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah
s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan
kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku
dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka
hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila
kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia
izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak
izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat
perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan
menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan
rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum
yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?"
[Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai
penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila
Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba
Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi
seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar
oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah
r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a.
pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan
aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit,
sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa
mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai
Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak
ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala
macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang
memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak
dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan
dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis
wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan
bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat
lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap:
"Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa
alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk
mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah
untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan,
kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah
s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata
lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat
sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s.
pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah
s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata
Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku
disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu
langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit.
Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari
sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.:
"Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat
nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang
ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke
dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa
susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah
kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun
memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati."
Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila
mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka
melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah
orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila
roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku
wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang
telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan
kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya
dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku;
"Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut
di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu
membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari
laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."
|  |
No comments:
Post a Comment