banner

banner

Tuesday, 20 March 2012

TaHap FoBiA aQ

nie cerita dalam kelas dakwah lagi.. (minat betul aq ngan subjek ni) aq balajar tntg akhlah nabi,sahabat,tabi'in dan para auliya'... kelas kali nie berlainan dengan kelas sebelum cara pengajarannya..(lecture suka bwa pembaharuan :-) ) kali nie lect minta pelajar kehadapan untuk berkongsi kisah para akhlak nabi,sahabat,tabi'in dan auliya... setiap bahagian tampil 2 orang pelajar seorang lelaki dan seorang perempuan kecuali kisah para auliya'.
aku berpesan kat diri aq " aq msti kehadapan gak tuk berkongsi ap yang aq tau." aku niat nak kongsi kisah Rasulullah memberi makan kpd orang yahudi. tapi aq bagi peluang kat orang len dulu lah. pastu bab akhlak sahabat aq nak kongsi kisah abu bakar. tapi aq bagi peluang kat orang len dulu lah.bab tabi'in aq nak kongsi kisah kecintaan uwais kepada nabi. tapi aq keliru uwais al-qarni ni tabi'in ka sahabat. maklumla dah lama xrujuk buku para sahabat. habis.. tinggal kisah para auliya' ja yang belum ada orang tampil. aku cadangnya nak kongsi kisah wali Allah rabiatul adawiyah. tapi aku tunggu lagi takut ada orang yang nak ke depan.
tunggu punya tunggu xdak. aq pun gi lah ke depan berkongsi kisah yang aq sebutkan tadi.
ap yang aq terkejut.. aku xtakut lansung waktu kat depan 2.. mungkin lah rasa malu 2 ad tapi Alhamdulillah xmacam dulu-dulu.
yang aq nak sampaikan kat sini.. kalau kita takut dengan sesuatu benda tu kita harus menghadapinya. bukan melarikan diri.

Monday, 19 March 2012

makna teman

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

Tuesday, 13 March 2012

mengapa??

mengapa&kenapa??? 
persoalan ni selalu sajer bermain di kepala aku bila ad sesuatu yang terjadi...
aku suka sangat menyiasat.. maklumlah cita-cita nak jadi pakar forensik..
tapi salah bidang kan..
mengapa&kenapa aku wujudkan blog ni??
aku wujudkan blog ni sebelum jejak kaki kat usim lagi.. aq berhajat nak kongsi ilmu yang aku tau kepada semua (yang ad msa nak jenguk blog aq lah)... tapi masalah yang aq hadapi sgt besar iaitu kat rumah aq mna lah ada wireless.. maklumlah aq ni budak kampung.. lau gne broadband pun semput2 nak loading page.. connection lemah..
mengapa&kenapa sikit post aq dalam blog ni?? 
aku ni bkan nyer pengarang or penulis or ilmuan yang banyak benda nak di kongsikan..
pastu aku post kat blog ni ble rse mood tu datang jer..
punyerlah pemalas aq ni...
mengapa & kenapa??
pening kepala aku kalau 2 perkataan ni selalu ad dlm kpale aq n org tanya kat aq..
tapi sebenarnya setiap ap yang berlaku tu ada sebab..
misalnya kenapa kita solat? jawabnnya tu kan perintah dari Allah.

amalkan pertanyaan ni dalam hidup sebbab aq rse bnda ni boleh bg smething dlm hdup kte.. 
tapi jangan gne kan untuk cipta alasan

Thursday, 8 March 2012

kehidupan ini

kadang-kadang kekosongan mengisi ruang...
kadang-kadang kesunyian mengisinya...
kita tidak sedar dan masih alpa..
sebenarnya, ALLAH sentiasa bersama..
Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya...
tetapi kita sebagai hamba yang lalai dan masih leka....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sesak dada menanggung derita...
percayalah selepasnya ada bahagia...
pelangi akan muncul selepas hujan.....
mengingati sahabat juga diri T_T

Wednesday, 7 March 2012

ucapanku

salam ukhwah, salam mahabbah.
 alhamdulillah ana berjaya make-up sedikit demi sedikit blog ana.
ana bukanlah seorang yang mahir dalam it nie.. maklumlah budak kampung je ana ni..
berkat lecturer jadikan create a blog sbagai tugasan ana berjaya maju setapak hari ini..
terima kasih kepada sahabat yang membantu ana..
jazakallahhukhairankathiran..

buat sahabat sekalian.....

السلام عليكم
Wahai sahabat, apa khabar imanmu tika ini? Sedang naik atau turun? Tanyalah pada diri kalian. Jika tiada perubahan atau semakin menurun, tanyalah pada diri sudah bersediakah kita ingin menghadapi saat kematian. Dengan iman yang setipis kulit bawang itu bagaimana kita akan menghadapi pertanyaan dialam kubur nanti. Ingatlah kematian itu suatu yang pasti. Pasti akan menziarahi semua orang. Persoalannya, masa sahaja yang kita tidak ketahui. Ketahuilah bahawa Imam Ghazali pernah berkatasesuatu yang paling dekat dengan kita adalah kematian.” Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Sebagai teman kepada yang lain kita haruslah saling ingat-mengingati.
Sahabat sekalian..
Sekadar renungan buat kita sejenak.
Ibu dan ayah merupakan insan yang bertanggunggjawab membawa kita ke dunia ini. Tanpa mereka siapalah kita. Mereka telah bersusah-payah membesarkan kita sehingga hari ini. Mereka mendidik kita dengan penuh kesabaran sehinggalah terbentuk dan tercoraknya kita pada hari ini. Antara kasih ibu dan pengorbanan ayah yang manakah bagi kalian lebih penting? Pasti sukar untuk menjawab soalan ini kerana kedua-duanya tidak ternilai walau dibayar denga seisi dunia pun. Benarlah kata pepatah : “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penghujungnya.”
Sahabat sekalian..
Seperti yang telah disebutkan tadi. Kematian adalah suatu yang dekat. Aku ingin membawa kalian untuk berfikir sejenak. Bayangkan wajah ibu dan ayah kalian. Lihatlah garis-garis usia diwajah mereka. Apakah yang kalian rasa? Pasti kalian terfikir, cuti nanti pulang ke rumah ingin berbakti sepenuhnya kepada mereka. Betul? Kalau masih tidak.. fikirkan lagi. Wajah yang dulu sentiasa terhias dengan senyuman manis kian Nampak dimamah usia. Kaki mereka yang dulu gagah bekerja semakin lemah. Urat semakin kelihatan dikulit. Tidak terfikirkah kalian, betapa sukarnya ayahanda dan bonda kalian berusaha membesarkan kalian sehingga dapat menjejakkan kaki ke alam universiti.
Sahabat sekalian..
Pernahkah kalian berkasar dengan ayah dan ibu? Pernahkan kalian bersuara keras dengan mereka? Renungkan, adakah kalian tahu, bilakah hati mereka terguris dengan kata-kata kalian. Seandainya ayah atau ibu kalian pergi meninggalkan kalian atau kalian yang pergi dahulu meninggalkan mereka. Agaknya apakah perkataan terakhir yang kalian tinggalkan atau kalian perdengarkan kepada mereka? Bayangkanlah.. cuba salami hati kalian. Apakah perkataan atau ucapan terakhir kalian kepada mereka? Ketika mereka masih boleh berbicara, ketika mereka boleh mendengar suara, dengarkanlah kata-kata yang penuh dengan adab bicara. Jika ditanya pada saya, apakah ucapan terakhir yang ingin saya ucapkan kepada ayah atau ibu saya, sudah pasti saya akan ucap “saya sayang ayah/ibu”. Dan sudah pasti saya juga ingin mendengar ayah saya menbalasnya.
Sahabat sekalian..
Di sini aku tampilkan sebuah kisah benar. Kisah ini aku tampilkan bukan untuk memohon simpati kalian. Bukan jua ingin membuat kalian terharu dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Aku hanya ingin berkongsi dengan kalian agar ia membantu kalian menjadi anak yang baik. Sebelum aku meneruskan kepada kisah ini, aku ucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca sampai ke saat ini. Mungkin bahasa aku agak membosankan. Tahniah kepada kalian yang sudah membaca sampai ke tahap ini.
Sahabat sekalian..
Masih ingatkah tarikh kita mendaftar ke universiti ini? Aku ingatkan pada kalian. Kita mendaftar ke sini pada tarikh 7 september 2011. Betul? Ketika ini aku amat gembira kerana ayah aku turut sama menghantar aku pada hari pendaftaran. Terharu kerana selama ini ayah aku tidak pernah menghantar akak-akak + abang-abang aku semasa mereka mendaftar universiti. Cukuplah sebagai pendahuluan. Aku ingin terus ke pokok bicara.
Sahabat sekalin..
Tahukah kalian, apakah ucapan terakhir aku pada ayahku? Alhamdulillah, sebelum ayahku tidak sedark diri(koma), sebelum ayahku benar-benar pergi meninggalkan aku selama-lamanya, sebelum aku kehilangan ayah yang amat aku sayang, ucapan terakhir aku kepadanya adalah “cheq sayang ayah, ayah sayang cheq tak” dan aku juga mendapat balasan yang aku mahu mendengar “saaaaayaaaaaangg” itu jawapan dari ayahku. Aku gembira kerana ayah aku sempat melihat aku melangkah kaki ke menara gading. Walaupun pada mulanya aku ingin menolak tawaran menyambung pengajian ke USIM kerana aku tidak pernah memohonnya.
Sahabat sekalian…
Walaupun aku gembira kerana itu ucapan terakhir aku kapada ayahanda tercinta aku, tapi ada suatu perkara yang aku menyesal sehingga ke hari ini. Apa yang aku menyesalkan adalah perbualan terakhir aku dengan ayahku adalah pada hari pendaftaran universiti. Genap sebulan aku di universiti tetapi aku belum sempat untuk berkongsi pengalaman suka-duka aku dengannya. Pernah juga aku ingin menghubungi ayahku untuk meluahkan kerinduan kepadanya tetapi ada sahaja halangannya. Masih jelas diingatanku. Pada malam itu aku sedang menyiapkan assignment bahasa arab, tiba-tiba hatiku ingin berbual dengan ayahku dan aku ingin ucapkan betapa aku merinduinya. Aku padamkan rasa itu dari hati kecilku kerana aku terpaksa menyiapkan tuntutan kerja. Bayangkanlah, keesokannya aku mendapat berita ayahku sudah tidak sedarkan diri dan doktor telah mengesahkan otaknya telah mati.
Sahabat sekalian…
Duniaku seolah-olah berhenti berputar dan gelap serta merta. Walaupun ayahku hanya tidak sedarkan diri pada masa itu tetapi aku dapat merasakan ayahku akan pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Aku tidak tahu untuk melakukan apa-apa, aku tidak terdaya. Aku ingin malihat ayahku, tetapi aku masih berada di universiti yang jauhnya beratus-ratus kilometer dari negeri kelahiranku. Saat ini, aku teringat cerit pakar motivasi yang dijemput untuk memberi motivasi di sekolahku dahulu, dia kehilangan ayah ketika tahun pertama berada di universiti. Aku menangis kerana tidak mahu nasibku sama sepertinya kerana aku tidak mahu jadi pakar motivasi. Aku hanya mahu ayahku terus bernafas.
Sahabat sekalian..
Hatiku luluh,sakit,pilu apabila melihat ayahku yang terbaring di hospital. Hati anak mana yang tidak sakit melihat ayah bernafas dibantu oleh mesin buatan manusia. Ayahku kemalangan selepas solat zohor aku mendapat berita selepas asar dan aku sampai ke hospital selepas tengah malam, tetapi ketika aku sampai doktor masih berusaha membersihkan darah dari badan ayah. Sahabat sekalian, apakah perasaan kalian jika berada di tempatku? Bayangkan anak yang baru tiba dari jauh melihat keadaan ayah tersayang sedang bertarung dengan maut. Hampir menitis air mataku melihat keadaan ayahku. Aku berdoa kepada ALLAH ‘jika hayat ayahku masih panjang maka sihatkanlah, jika tidak ambillah dia’. Aku berdoa begitu kerana aku terlalu sayangkan ayahku. Aku tidak mahu ayahku terseksa. Aku harus redha dengan keadaan yang berlaku. Aku bisikkan syahadah ke telinganya. Dalam hatiku berkata, wahai ayah! Anakmu ini telah sampai. Aku redhai pemergianmu.
Sahabat sekalian..
Aku kehilangan seorang ayah. Ayah. Aku tidak menjangkakan ayahku akan pergi meninggalkan aku secepat ini. Sebelum ini,jika ayahku tidur aku akan pastikan turun naik dadanya menarik nafas.. kerana apa? Kerana aku takut ayahku pergi meninggalkan aku. kini aku telah kehilangan ayahku kerana kalalaian remaja yang menunggang motosikal dalam keadaan mabuk. Ayahku mengalami pendarahan dalam kepala, pendarahan dalam perut dan luka pada pundi kencing. Wajarkah kerana remaja yang sebaya dengan aku itu, kerana remaja yang bermasalah itu aku kehilangan ayahku? Wajarkah aku kehilangan ayah dan ibuku kehilangan suaminya. Apa yang menghairankan aku, tidak lansung mereka meminta maaf, tidakkah mereka rasa bersalah? Ikutkan darah muda aku, ingin sahaja aku membawa perkara ini ke mahkamah. Mendakwa mereka, tetapi apa untungnya jika membakar api dendam. Perkara ini tidak akan selesai.
Sahabat sekalian….
Maafkan aku kerana terlebih emosi disini. Cuma aku ingin sahabat sekalian berbuat baik dengan kedua-dua ibubapa kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Kita jiga tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sahabat sekalian, terutama sahabat bqb5 sem1 11/12. Aku minta maaf kepada kalian kerana pertama kali aku melangkah kaki ke kelas kalian aku kelihatan sombong(macam bongkak n bajet best lak kan). Ketika itu ayahku baru sahaja meninggalkan aku 2minggu. Maaf sangat-sangat jika kalian terguris dengan tingkahlaku ku ketika itu. Kematian itu pasti, kematian itu telah menziarahi keluargaku. Mungkin selepas ini giliranku pula. Siapa yang tahu. Marilah sama-sama kita tingkatkan amalan agar hari kemudian cerita buat renungan bukan kasihankita tidak menyesal. Marilah kita membunuh kelalaian sebelum datangnya penyesalan.
p/s : luahkan lah rasa sayang kepada kedua-dua ibu bapa kalian kerana suatu hari nanti kalian akan menyesal jika tidak sempat ucapkannya

Friday, 2 March 2012

warkah buat bakal imamku

Warkah buat bakal imamku…
Wahai bakal imamku, aku kirimkan warkah ini bukan untuk menakutkanmu dengan harapan-harapanku. Tetapi aku kirimkan warkah ini untuk sama-sama mengingati diri kita sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Wahai bakal imamku, aku akan berusaha menyimpan perasanku hanya untukmu kerana aku tidak ingin kau mempunyai perasaan terhadap perempuan lain sebelum kau mengahwini aku. Wahai bakal imamku, aku bukan tamak terhadap kasih sayangmu tetapi wahai bakal imamku, aku ingin kita sama-sama merasai nikmat berkasih- saying mengikut landasan yang disyariatkan dalam agama kita.
Wahai bakal imamku, pemangkin semangatku..
Setiap insan mempunyai harapan. Harapanku semoga kau mampu untuk mendidik ku dan menjaga aku agar tidak terkeluar dari landasan Islam. Wahai bakal imamku, sesungguhnya aku terbaca satu artikel bahawa seorang isteri boleh masuk ke syurga walau tanpa suaminya tetapi suami tidak akan masuk ke syurga tanpa isterinya. Jadi wahai bakal imamku, aku akan berusaha untuk bersama-sama denganmu membina laluan ke syurga. Wahai bakal imamku, aku tidak mahu membebankanmu dengan berkahwin denganku. Sebelum aku melangkah bersamamu aku akan persiapkan diri dengan sebaik-baiknya, maka wahai bakal imamku, aku juga berharap dirimu turut berusaha ke arah itu. Aku berharap agar bakal imamku bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai imamku dan ayah kepada anak-anakku. Wahai bakal imamku, ketahuilah bahawa sebelum kau memimpin aku kau haruslah memperbaiki dirimu agar lebih bersedia, agar kapal yang kau kemudi tidak patah layarnya di tengah lautan.
Wahai bakal imamku,
Ketahuilah bahawa menyediakan keperluanku adalah tanggungjawabmu, memasak juga tanggunggjawabmu,mendidik anak juga adalah tanggungjawabmu wahai bakal imamku. Tugasku hanyalah melayanimu dan membantumu. Wahai imamku, selepas telafaznya ijab dan qabul janganlah engkau meletakkan sepenuhnya tanggungjawabmu diatas bahuku.wahai bakal imamku, jika ditakdirkan kita mempunyai zuriat yang ramai didiklah mereka menjadi umat Muhammad yang sebenar, yang mengikut perintah Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Wahai bakal imamku, aku tidak berjanji denganmu, aku boleh menjadi isteri yang baik, kerana itu aku masih memerlukan dirimu untuk membantu aku meluruskan jalan hidupku. Wahai bakal imamku, aku dijadikan dari tulang rusukmu yang paling bengkok. Janganlah kau tergesa-gesa dalam usaha meluruskan aku. Lakukanlah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Wahai bakal imamku…
Aku harap aku tidak membebankanmu apabila tiba masanya setiap bulan emosiku tidak menentu. Aku harap dirimu memahami aku, seorang wanita ini yang pasti setiap bulan akan mengalami pengovulan. Wahai bakal imamku, pastinya selepas terlafaznya ijab dan qabul kita inginkan zuriat penyambung keturunan. Wahai imamku, aku pasti kau sudah sedia maklum. Kadangkala perempuan yang mengandungkan zuriat ini selalu menginginkan sesuatu yang kadangkala tidak munasabah. Aku amat berharap jika itu berlaku pada diriku, kau sedia memenuhinya. Wahai bakal imamku, aku amat berharap walau ketika itu kau penat bekerja mencari nafkah, kau memenuhi permintaanku dengan seikhlas hati dan penuh dengan kasih sayang. Wahai bakal imamku, ketika itu jika kau berasa penat melayani kerenah aku, janganlah kau anggap aku menjadi beban kepadamu. Wahai bakal imamku, ketahuilah bahawa beban itu pembunuh impian. Apabila kau menganggap aku suatu beban kepadamu maka impian yang kita lakarkan bersam tidak akan tercapai.
Wahai bakal imamku..
Sekiranya , suatu ketika nanti cintamu kepadaku kian pudar janganlah kau mencari pengganti tanpa pengetahuanku. Wahai bakal imamku, aku berharap kau akan mempertahankan cinta itu buatku. Aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan orang lain,wahai bakal imamku. Aku tidak nafikan hakmu untuk berkahwin lebih dari satu, tetapi aku seorang yang kuat cemburunya. Wahai bakal imamku, jika sememangnya engkau mampu untuk berlaku adil dalam setiap aspek pasti aku izinkan kerana aku yakin kasih aku hanya untukmu sahaja bakal imamku. Tetapi wahai bakal imamku, aku tidak mahu mamberatkan hidupmu maka janganlah kau mencari lain selepas diriku.
Wahai bakal imamku..
Aku berharap sangat padamu agar kau tidak memandang perempuan lain sebelum bertemu denganku. Aku berharap sebelum kau bertemu denganku kau hanya memandang perempuan mahrammu sahaja. Wahai bakal imamku yang soleh..sebelum bertemu denganmu aku akan mempersiapkan diriku untuk menjadi yang solehah terlebih dahulu… aku pasti yang soleh hanya untuk yang solehah sahaja. Wahai imamku, aku tidak mahu selepas berkahwin kita tinggal bersama-sama, tetapi aku mahu kita bercinta bersama-sama, wahai bakal imamku.
Yang benar,
Bakalsayapkirimu.